Pengoperasian Semula Perkhidmatan Bas Percuma CAT Seberang Jaya Sebagai Laluan Sokongan Kepada CAT Bridge

George Town, 30 October 2020

  1. Selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk menambah baik sistem perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh Negeri Pulau Pinang, bermula 1 April 2018 perkhidmatan bas percuma Congestion Alleviation Transport (CAT) telah dilancarkan di 12 laluan iaitu 6 laluan di Seberang Perai dan 6 laluan di Pulau.
  1. Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020, perkhidmatan CAT telah dihentikan mulai 1 April 2020 bagi menyekat penularan wabak COVID-19.
  1. Pada 1 September 2020, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan perkhidmatan baharu iaitu CAT Bridge yang menghubungkan laluan dari Seberang ke Pulau Pinang sebagai laluan percubaan sehingga 31 Disember 2020. Perkhidmatan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada ramai pengguna jalan raya khususnya pengulang-alik (commuter) yang bekerja di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.
  1. Ekoran daripada itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk mengoperasikan semula perkhidmatan bas percuma CAT Seberang Jaya bermula pada 1 November 2020 (Ahad) sehingga 31 Mac 2021 bagi menyokong rangkaian/kesinambungan (connectivity) perkhidmatan CAT Bridge dengan CAT Seberang Jaya yang dihubungkan dengan terminal pengangkutan awam utama di seberang iaitu Penang Sentral. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju melanjutkan perkhidmatan CAT Bridge selama tiga (3) bulan lagi bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2021, iaitu tempoh yang sama seperti CAT Seberang Jaya bagi memanfaatkan sepenuhnya kedua-dua perkhidmatan tersebut.
  1. Di samping itu, 11 laluan yang lain iaitu enam (6) di Pulau (Air Itam, Bayan Baru, Tanjung Tokong/Pulau Tikus, George Town 2, Sungai Dua & Balik Pulau) dan lima (5) di Seberang (Bertam, Bukit Mertajam, Alma, Nibong Tebal & Batu Kawan) akan ditamatkan operasinya di atas sebab-sebab berikut:
  • Jumlah ridership yang kurang memuaskan, termasuk sebelum PKP;
  • Pengoperasian penuh bas berbayar Rapid Penang menunjukkan bilangan ridership berkurangan kira-kira 50% menjadikan pengoperasian semula bas CAT adalah kurang berbaloi;
  • Laluan-laluan bas CAT yang dicadangkan untuk ditamatkan ini mempunyai pilihan bas berbayar yang disediakan oleh pihak Rapid Penang; dan
  • Penumpang memperolehi penjimatan dengan penggunaan Pas Mutiara MY50 yang dapat digunakan untuk semua laluan bas Rapid Penang dan perkhidmatan Rapid Ferry selama sebulan tanpa had.
  1. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri tetap komited untuk meneruskan subsidi bas kepada rakyat Pulau Pinang sepertimana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri dalam pembentangan belanjawan di mana RM15 juta telah diperuntukkan untuk perkhidmatan bas CAT bagi tahun 2021.
  1. Justeru, Kerajaan Negeri sedang dalam proses perbincangan dengan pihak Rapid Penang bagi mencari kaedah dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan subsidi bas agar matlamat meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dapat dicapai.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s