Kerajaan Negeri Menggesa Kementerian Pengangkutan Meneruskan Perkhidmatan Feri Bagi Kenderaan

George Town, 22 Disember 2020

Ribuan pengguna feri Pulau Pinang, khususnya yang menggunakan kenderaan motosikal atau kereta untuk melintas dari Seberang Perai ke Pulau dan sebaliknya setiap hari masih tidak tahu nasib mereka menjelang tahun baharu yang makin hari makin dekat ini.

Rancangan penstrukturan semula yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) pada 15 Disember yang lalu bakal menamatkan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang dan tiada kenderaan lagi yang boleh menggunakan perkhidmatan feri tersebut untuk tempoh masa 18 bulan sehingga vehicle transporter yang baharu dapat diperkenalkan. Pun begitu, vehicle transporter yang dicadangkan hanya akan membawa motosikal dan kenderaan kecemasan seperti Bomba atau ambulans, dan tidak lagi membawa kereta persendirian.

Hal ini akan mendatangkan kesukaran kepada pengguna harian, terutama sekali penunggang motosikal yang terpaksa menggunakan Jambatan Pulau Pinang yang tidak mempunyai lorong motosikal. Keadaan ini akan membawa risiko keselamatan kepada mereka. Selain daripada itu, penambahan kereta kepada jambatan juga akan meningkatkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Namun begitu, pada 17 Disember Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan dalam Parlimen bahawa perkhidmatan feri tidak akan ditamatkan, selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dahulu. Dalam erti kata lain, perkhidmatan feri untuk kenderaan akan dikekalkan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada penjelasan diberi oleh pihak berkuasa, yakni Kementerian Pengangkutan atau PPC, berkenaan kenyataan Tengku Zafrul. Adakah perkhidmatan feri untuk kenderaan akan diteruskan atau tidak?

Sekiranya tidak, apakah yang akan berlaku kepada ribuan pengguna yang melintas setiap hari dalam kenderaan mereka, khususnya penunggang motosikal yang bakal menghadapi risiko yang tinggi sekiranya terpaksa menggunakan jambatan?

Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggesa Kementerian Pengangkutan untuk segera menunaikan janji Tengku Zafrul serta permintaan dari rakyat Pulau Pinang yang mahukan supaya perkhidmatan feri bagi kenderaan dapat diteruskan menjelang 1 Januari 2021 ini.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s