Pulau Pinang Negeri Pertama Menguatkuasakan Pemasangan Infrastruktur Komunikasi Sebagai Utiliti Asas Setaraf Dengan Bekalan Air dan Elektrik

George Town, 21 Disember 2020

Selaras dengan matlamat gagasan Penang 2030, Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited untuk memastikan penyediaan infrastruktur digital yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi menampung keperluan norma baharu serta menyokong pemangkinan ekonomi digital di negeri ini.

Di bawah perancangan strategik Penang Connectivity Master Plan (PCMP), Kerajaan Negeri telah menggariskan keperluan untuk menguatkuasakan pemasangan infrastruktur komunikasi tetap sebagai salah satu infrastruktur asas yang telah diperuntukkan di bawah Undang-undang Kecil 25 dan 27 di bawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Justeru, sukacita diumumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) pada 17 Disember 2020 telah memutuskan agar pihak pemaju kini diwajibkan untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi gentian optik di dalam mana-mana bangunan atau kawasan skim pemajuan baharu di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Keputusan ini adalah bagi menyokong penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi di negeri Pulau Pinang memandangkan penggunaan wayar jenis copper tidak lagi relevan.

Untuk makluman semua, Negeri Pulau Pinang sekali lagi menjadi peneraju dan perintis selaku negeri yang pertama di Malaysia yang melaksanakan dasar bagi mengiktiraf infrastruktur fiber gentian optik sebagai utiliti asas, setaraf dengan bekalan elektrik dan air.

Ini juga selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui pelaksanaan pelan infrastruktur digital iaitu Jalinan Digital Negara atau lebih dikenali sebagai JENDELA.

Penguatkuasaan pemasangan infrastruktur komunikasi ini bukan sahaja menjadi pemboleh (enabler) utama dalam mencapai matlamat ketersediaan kelajuan gigabit ataupun Gigabit State yang pertama di Malaysia, tetapi dapat mempercepatkan proses pelaksanaan teknologi capaian 5G yang bakal direalisasikan.

Dengan pelaksanaan dasar ini, Negeri Pulau Pinang bukan sahaja dapat membekalkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang meluas kepada rakyat Negeri Pulau Pinang, tetapi juga memangkinkan sektor ekonomi digital yang disasarkan sebagai salah satu industri masa depan yang penting bagi negeri kita ini.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s