Kerajaan Negeri Sedia Mempertimbangkan Pengambilalihan Feri Ikonik Sekiranya SPPP Sudi “Menghadiahkannya” Kepada Negeri Pulau Pinang

George Town, 8 Januari 2021

Pada 1 Januari 2020 yang lalu, perkhidmatan bot penumpang laju antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dan Swettenham Pier Cruise Terminal, George Town telah bermula lantas menggantikan perkhidmatan feri ikonik yang sudah lama terkenal sebagai salah satu lambang simbolik Negeri Pulau Pinang.

Sementara bot laju ini hanya untuk kegunaan penumpang sahaja, penunggang motosikal masih lagi boleh menggunakan perkhidmatan sebuah feri ikonik yang dikekalkan buat sementara waktu sehingga ketibaan pengangkut kenderaan (vehicle transporter) yang dijangka sampai pada pertengahan 2022. Dalam erti kata lain, perkhidmatan feri ikonik ini hanyalah sementara dan “menunggu masa” sebelum digantikan dengan pengangkut kenderaan baharu.

Kerajaan Negeri amat memahami sentimen rakyat Pulau Pinang yang rata-rata tidak setuju dengan penamatan perkhidmatan feri ikonik. Oleh itu, sebagai usaha untuk memelihara kesinambungan feri tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 6 Januari telah membuat ketetapan bahawa sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak berminat untuk meneruskan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang, maka Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan pengambilalihan pemilikan feri-feri tersebut.

Memandangkan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tidak mempunyai rancangan masa depan untuk mengekalkan feri-feri ikonik sebagai mod pengangkutan, maka Kerajaan Negeri ingin mencadangkan agar feri-feri tersebut diberikan sebagai “hadiah” kepada rakyat dan Negeri Pulau Pinang.

Justeru, saya akan berhubung dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang selaku pihak berkuasa dalam perkara ini untuk membincangkan cadangan Kerajaan Negeri ini.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s