Bas Percuma Tanpa Had Di Pulau Pinang Bermula 1 Mac 2021

George Town, 25 Februari 2021

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan bahawa bermula 1 Mac 2021 sehingga 31 Disember 2021, semua pengguna bas berwarganegara Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan Rapid Penang secara percuma di seluruh negeri dan pada setiap masa dengan melanggani Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30.

Kerajaan Negeri terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di mana dalam Belanjawan 2021 telah memperluaskan insentif pas perjalanan tanpa had (Pas Mutiara My30) ke Negeri Pulau Pinang mulai 1 Januari 2021. Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas kendalian Kumpulan Prasarana iaitu Rapid Penang dengan harga RM30 sebulan.

Justeru, sebagai langkah proaktif untuk membantu meringankan beban perbelanjaan harian pengguna yang terjejas pendapatannya sepanjang pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri sukacita bersetuju untuk menanggung kos langganan Pas Mutiara My30 yang bernilai RM30 sebulan untuk setiap kad. Rakyat Pulau Pinang kini boleh menikmati bas percuma di semua laluan dengan pembiayaan kad ini oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pembiayaan  ini melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000.00 dengan jumlah kad sebanyak 10,000 kad sebulan. Kolaborasi pembiayaan Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 di antara pihak Rapid Penang dengan Kerajaan Negeri ini akan dilancarkan pada 1 Mac 2021 (Isnin). Pengguna boleh melanggan pas ini di mana-mana Kiosk Rapid Penang berhampiran mulai 1 Mac 2021 ini.

Bagi pembelian kali pertama pengguna akan dikenakan bayaran sebanyak RM10/kad iaitu bayaran RM5 untuk kad serta RM5 untuk ‘purse value’. Pengguna yang sudah mempunyai Pas Mutiara My30 tidak perlu lagi membeli kad baharu, sebaliknya boleh memperbaharui (renew) kad secara percuma.

Meliputi pelbagai sudut usaha dalam meringankan beban penduduk, Kerajaan Negeri percaya bahawa pembiayaan ini juga berupaya menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai penduduk Pulau Pinang beralih kepada pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.

Secara tidak langsung, dengan Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 ini juga pengguna bakal meraih penjimatan kos seharian seperti petrol, parkir dan tol.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s