Kerajaan Negeri menaja tiga bas bagi membawa pesakit positif Covid-19 ke pusat kuarantin

George Town, 9 Jun 2021

Selaras dengan usaha untuk membanteras pandemik Covid-19 di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menaja tiga buah bas untuk kegunaan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Tiga bas tajaan Kerajaan Negeri ini akan diguna untuk membawa pesakit positif Covid-19 ke pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan khususnya di Pusat Kecemerlangan MARA (MEC), Jawi dan Pusat Latihan Zakat (PULAZA), Balik Pulau.

Tajaan bas-bas ini melibatkan peruntukan sebanyak RM72,000 sebulan, di mana peruntukan ini telah diluluskan di bawah perkhidmatan CAT (Congestion Alleviation Transport) dalam Belanjawan 2021. Tiga buah bas tersebut diambil dari pengurangan bas CAT semenjak pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan 3.0). Memandangkan jumlah kes harian di Pulau Pinang mencecah ratusan kes sehari, Kerajaan Negeri berharap langkah proaktif ini sedikit sebanyak dapat meringankan kekangan sumber JKNPP.

Tiga buah bas tersebut akan dioperasikan oleh Rapid Penang sepertimana dalam perjanjian CAT dengan Kerajaan Negeri. Pemandu-pemandu yang bertugas untuk perkhidmatan tersebut telah diberi latihan khas, sesi orientasi serta vaksinasi oleh JKNPP pada 8 Jun 2021. Setiap bas akan dinyahkuman di pusat kuarantin selepas pesakit positif Covid-19 diturunkan di pusat kuarantin masing-masing. Pakaian PPE dan segala peralatan sokongan akan disediakan oleh JKNPP kepada Rapid Penang untuk menjamin keselamatan pemandu-pemandu tersebut.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap dengan penajaan tiga buah bas kepada JKNPP pada saat-saat kritikal ini sedikit banyak dapat mengurangkan masalah logistik yang dihadapi oleh JKNPP. Kami juga percaya dengan keberkesanan Rapid Penang yang menjayakan tugasan selama ini dapat membantu Kerajaan Negeri dalam usaha “Penang Lawan Covid-19” sehingga berjaya.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s