Feri Percuma Untuk Semua Penumpang Pejalan Kaki Warganegara Malaysia

George Town, 22 Jun 2021

Selaras dengan usaha untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam serta meringankan beban rakyat tatkala dibelenggui pandemik Covid-19 di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk membiayai tambang perkhidmatan feri bagi semua penumpang pejalan kaki berstatus warganegara Malaysia.

Pembiayaan ini akan bermula pada 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021. Justeru, semua rakyat Malaysia termasuk warga emas, orang dewasa, kanak-kanak dan golongan OKU adalah layak untuk menikmati perkhidmatan ini secara PERCUMA.

Cadangan ini adalah susulan kepada perkhidmatan pas perjalanan My30 yang telah dilancarkan pada 1 Mac 2021 yang lalu, di mana Kerajaan Negeri turut membiayai perkhidmatan bas awam milik Rapid Penang secara percuma kepada semua penumpang yang melanggan pas tersebut.

Dengan pembiayaan tambang feri ini, jaringan pengangkutan awam melalui air dan darat secara menyeluruh dapat digunakan secara percuma oleh pengguna pengangkutan awam di Pulau Pinang.

Penumpang hanya perlu membawa MyKad/Kad Pengenalan sahaja dan perlu tap di peranti pengimbas MyKad yang disediakan oleh pihak Penang Port Sdn Bhd (PPSB) sebelum menaiki feri.

Pembiayaan tambang feri kepada penumpang pejalan kaki ini melibatkan peruntukan sebanyak RM78,000 sebulan dengan jumlah tiket sebanyak 65,000 tiket sebulan. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah dianggarkan sebanyak RM468,000.

Kerajaan Negeri berharap dengan pembiayaan tambang feri pada saat-saat kritikal ini sedikit banyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos perjalanan rakyat yang berulang-alik menggunakan pengangkutan awam.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s