Sambut Baik CIVac Dan Gesa Dipertingkatkan Lagi

George Town, 15 Julai 2021

Antara sektor yang sering dibelenggui kluster jangkitan Covid-19 adalah sektor pembinaan. Ini adalah kerana keadaan kerja serta penginapan pekerja-pekerja dalam sektor tersebut yang sukar dielak.

Namun begitu, sektor pembinaan merupakan penyumbang ekonomi yang penting, lagi-lagilah ketika pandemik kerana projek-projek infrastruktur dapat menjana aktiviti ekonomi yang melibatkan ekosistem yang luas merangkumi tenaga buruh, pembekal-pembekal barangan dan jentera serta perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan seperti seni bina, kejuruteraan, guaman dan lain-lain lagi.

Justeru, Kerajaan Negeri menyambut baik usaha CIDB Malaysia serta Kementerian Kerja Raya untuk melaksanakan CIVac (Construction Industry Vaccination Programme) bagi mempercepatkan program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja pembinaan.

Difahamkan pendaftaran CIVac bagi wilayah utara akan dilancarkan pada hari ini dan Negeri Pulau Pinang telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah pusat pemberian vaksinasi (PPV) kepada pekerja-pekerja industri pembinaan.

Seramai 25,000 orang pekerja akan diberi vaksin bagi fasa ini. Namun berdasarkan maklumat, terdapat 47,950 orang pekerja yang berdaftar dengan CIDB di Pulau Pinang sahaja, manakala terdapat 40,347 orang di Perak, 29,062 orang di Kedah dan 5,690 orang di Perlis.

Jelas keperluan vaksin adalah jauh melebihi jumlah yang diperuntukkan bagi fasa akan datang ini. Maka, Kerajaan Negeri serta pihak industri yang diwakili oleh Penang Master Builders ingin menyeru kepada Kerajaan Persekutuan khususnya CITF (COVID-19 Immunisation Task Force) untuk mengutamakan sektor ini dalam fasa-fasa seterusnya. Adalah diharapkan inisiatif ini akan sedikit sebanyak membantu Negeri Pulau Pinang mencapai objektif untuk beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada bulan Ogos 2021.

Memandangkan pendaftaran bagi program ini adalah berasaskan first come, first served, majikan-majikan harus menjalankan tanggungjawab mendaftarkan pekerja mereka bagi program ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui portal https://vaccine.cidblink.com/ bermula hari ini. Bagi sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-4048880 atau emel vaksinpenang@cidbh.com.my.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Dato’ Lim Chee Tong
Presiden
Penang Master Builders

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s