Kerajaan Negeri Akan Memohon Semakan Kehakiman Ke Atas Keputusan Lembaga Rayuan

George Town, 16 September 2021

Setelah meneliti keputusan Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang mengakibatkan pembatalan kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) bagi projek Penang South Reclamation (PSR), Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa keputusan tersebut adalah berasaskan kepada ketidakpatuhan proses perancangan semata-mata dan bukannya atas hujah-hujah substantif ataupun merits of the case.

Menurut keputusan bertulis Lembaga Rayuan, laporan EIA tersebut didapati tidak memenuhi kehendak Seksyen 34A(4)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSN2030) dianggap belum lagi berkuat-kuasa pada ketika kelulusan EIA diberi.

Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan keputusan Lembaga Rayuan dan berpendapat bahawa segala proses dan tatacara perancangan serta kelulusan-kelulusan yang perlu telah pun dipatuhi. Ini termasuk kelulusan RSN2030 oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) pada 14 Mac 2019 serta pembentangan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 18 April 2019.

Kedua-dua pematuhan ini dianggap memadai bagi kehendak Seksyen 34A(4)(a) yang menetapkan bahawa projek tersebut hendaklah selari dengan “development plan or physical plan approved by the relevant approving authority.” Justeru, kelulusan yang diberi oleh Ketua Pengarah JAS pada 15 Jun 2019 tidak bercanggah sama sekali dengan keperluan-keperluan Akta.

Ekoran daripada itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bersidang pada 15 September 2021 telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan semakan kehakiman ke atas keputusan Lembaga Rayuan tersebut.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga akan memulakan proses pengemukaan semula laporan EIA kepada JAS agar projek yang kritikal bagi pemulihan ekonomi Negeri ini pada zaman pasca-Covid-19 dapat diteruskan bagi kemaslahatan rakyat.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s