Pelaksanaan Projek Jalan Pintasan Air Itam ke Lebuhraya Lim Chong Eu (Pakej 2) Masih Berjalan Seperti Biasa

George Town, 30 Disember 2021

Saya merujuk kenyataan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mengenai pengumuman penamatan bersama (mutual termination) kontrak di antara Vertice Bhd dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) untuk pembinaan projek Jalan Pintasan Air Itam ke Lebuhraya Lim Chong Eu (Pakej 2).

Sepertimana yang semua sedia maklum, pada awal tahun 2019 CZC telah menganugerahkan kontrak pembinaan Pakej 2 kepada Buildmarque Construction Sdn Bhd, iaitu satu usahasama antara Vertice Bhd dan Vizione Holdings Bhd. Namun seperti yang diumumkan pada waktu itu, kontrak tersebut adalah tertakluk kepada beberapa syarat. Oleh kerana syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membuat penamatan bersama.

Penamatan kontrak di antara Vizione dan CZC langsung tidak mempunyai kesan terhadap pelaksanaan Pakej 2 kerana kerja-kerja pembinaan telah pun dimulakan oleh CZC sendiri tanpa menggunakan kontraktor lain. CZC telah memulakan pembinaan pada tahun 2021 setelah diambil alih oleh pengurusan baharu. Oleh itu, tiada lagi keperluan untuk melantik syarikat Buildmarque Construction Sdn Bhd.

Justeru, penamatan bersama (mutual termination) ini hanyalah isu pentadbiran di antara kedua-dua pihak dan langsung tidak menjejaskan pembinaan Pakej 2.

Oh sebagai seorang pemimpin sepatutnya boleh memahami kenyataan bursa oleh Vertice Bhd yang sudah cukup jelas. Malangnya, beliau memilih untuk memutar belitkan isu untuk mendakwa bahawa projek Pakej 2 telah pun ditamatkan. Ini langsung tidak dinyatakan dalam pengumuman tersebut.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s