Penghijauan Pembahagi Jalan Tanjong Bungah dan Jalan Batu Ferringgi

George Town, 12 April 2022

Penduduk Tanjong Bungah sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang mencintai alam semula jadi serta keindahan flora dan fauna. Justeru, kehijauan kawasan ini menjadi antara tarikan utama sebagai tempat tinggal pilihan ramai, baik rakyat tempatan atau ekspatriat.

Sebagai langkah untuk mengharmonikan infrastruktur awam dengan alam sekeliling, Pusat Khidmat KADUN Tanjong Bunga telah melaksanakan projek penaiktarafan pembahagi jalan di jalan utama iaitu Jalan Tanjong Bungah dan Jalan Batu Ferringgi sejak tahun 2019 lagi.

Melalui projek ini, pembahagi jalan sedia ada jenis New Jersey Barrier telah dinaiktaraf kepada pembahagi bebendul jalan (median kerb). Penaiktarafan tersebut membolehkan pokok-pokok renek seperti Ficus nitidaLoropetalum chinense dan Tabernaemontana divaricata ditanam di antara pembahagi jalan tersebut.

Bagi lokasi yang mempunyai pembahagi bebendul jalan sedia ada seperti di Jalan Batu Ferringgi (hadapan Holiday Inn), tumbuhan-tumbuhan renek ditanam bagi mengindahkan lagi kawasan tersebut.

Bukan sahaja nilai estetik jalan-jalan tersebut dapat dipertingkatkan melalui penaiktarafan tersebut, malah pencemaran bunyi juga dapat diredamkan sedikit sebanyak.

Tambahan lagi, adalah diharapkan bahawa tumbuh-tumbuhan hijau dan berbunga tersebut dapat bertindak sebagai suatu langkah menenangkan lalu lintas (traffic calming measure), justeru menjadikan jalan-jalan tersebut lebih selamat bagi semua pengguna.

Projek penaiktarafan tersebut membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM205,535.00 dari peruntukan KADUN Tanjong Bunga. Penaiktarafan pembahagi jalan sepanjang 740 meter di Jalan Tanjong Bungah dan Jalan Batu Ferringgi telah dilaksanakan dalam empat (4) fasa seperti berikut:

Pertama (2019)Persimpangan Jalan Lembah Permai hingga Persimpangan Jalan Chee Seng
Kedua (2020)Jalan Tanjung Bungah (hadapan Pusat Depot Bas Rapid Penang) hingga Persimpangan Jalan Lembah Permai
Ketiga (2021)Jalan Tanjong Bungah (hadapan Kompleks Mutiara Selera )
Keempat (2021)Jalan Batu Ferringgi (hadapan Holiday Inn)
Jadual: Fasa-fasa penaiktarafan pembahagi jalan di Kadun Tanjong Bunga.

Pusat Khidmat KADUN Tanjong Bunga akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif yang selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Visi Penang2030; iaitu ke arah menjadi ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga, Inspirasi Negara’ khususnya matlamat-matlamat untuk meningkatkan daya huni, menambah baik kualiti kehidupan serta meningkatkan daya tahan persekitaran fizikal.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang
ADUN Tanjong Bunga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s