Perkhidmatan Bas Percuma Baharu – Bas Merah (BM) Ke KOMTAR

George Town, 23 Disember 2022

Sebagai usaha untuk mengoptimumkan jaringan sistem pengangkutan awam di Pulau Pinang khususnya dalam mengintegrasi kawasan Pulau dengan Seberang (vice versa), Kerajaan Negeri bersama Rapid Penang telah bersetuju memperkenalkan satu (1) lagi perkhidmatan Cat Bridge baharu yang akan menghubungkan Bukit Mertajam dan KOMTAR.

Perkhidmatan Cat Bridge Bukit Mertajam (CT14) merangkumi laluan sejauh 26 kilometer akan bermula dari Summit Bukit Mertajam, melalui Bandar Perda dan Jambatan Pulau Pinang dan terus menghala ke Terminal Bas KOMTAR.

Untuk makluman, laluan ini akan mula beroperasi pada 1 Januari 2023 sebagai laluan percubaan terlebih dahulu selama enam (6) bulan.

Sebanyak lima (5) buah bas akan digunakan untuk pengoperasian laluan baharu ini. Purata masa perjalanan ke destinasi akhir dijangka mengambil masa selama 60 hingga 85 minit.

Para penumpang boleh mengenalpasti laluan bas ini dengan wrapping bus berwarna merah iaitu Bukit Mertajam Bas Merah (BM) Ke KOMTAR.

JADUAL DAN FREKUENSI LALUAN CAT BRIDGE BUKIT MERTAJAM (CT14)

Jadual Hari Biasa (Weekdays)

Frekuensi:

  • Pagi/ AM: 30 -40 mins
  • Petang/ PM: 30- 45mins
WAKTU PAGI (AM)WAKTU PETANG (PM)
Dari Summit B.MDari KOMTARDari Summit B.MDari KOMTAR
6:00 AM6:00 AM4:50 PM4:50 PM
6:30 AM6:30 AM5:20 PM5:20 PM
7:00 AM7:00 AM5:50 PM6:15 PM
7:30 AM7:30 AM6:25 PM6:50 PM
8:00 AM8:10 AM7:00 PM7:25 PM
8:30 AM8:50 AM
9:00 AM9:30 AM
9:30 AM

Jadual Hari Minggu & Cuti Umum (Weekdays & Public Holidays)

Frekuensi:

  • Pagi/ AM: 60 mins
  • Petang/ PM: 30- 55mins
WAKTU PAGI (AM)WAKTU PETANG (PM)
Dari Summit B.MDari KOMTARDari Summit B.MDari KOMTAR
6:00 AM6:00 AM4:50 PM5:10 PM
7:00 AM7:00 AM5:20 PM5:40 PM
8:00 AM8:00 AM5:50 PM6:15 PM
9:00 AM9:00 AM6:25 PM6:50 PM
10:00 AM10:00 AM7:00 PM7:25 PM
11:00 AM11:00 AM
12:00 PM12:00 AM
1:00 PM

LALUAN TRANSIT  

LOKASI HENTIAN UTAMALALUAN TRANSIT
  Summit Bukit Mertajam    606, 701, 702, 707, 708, 709, 802
Bandar Perda  701, 702* & 709* (* Jalan kaki dalam 5 minit)
Jambatan P.Pinang  CT13, CT13- FIZ AB & CT13-FIZ C
Komtar101, 102, 103, 104, 11, 12 201, 202, 203, 204, 206, 502 301, 302, 303, 304, 401, 401E CAT MBPP  

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s