Laporan Akhir Krisis Air Pulau Pinang oleh Panel Penyemak Bebas (PPB)

George Town, 5 Januari 2023

Ekoran kejadian gangguan air yang berlaku di Negeri Pulau Pinang pada 6 hingga 11 Julai 2022 yang lalu, Kerajaan Negeri telah mewujudkan sebuah Panel Penyemak Bebas (PPB) yang terdiri daripada ahli-ahli berikut yang merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan air serta pengurusan lembangan tadahan air:

  1. Dato’ Ir. Ting Chek Choon;
  2. Profesor Dato’ Dr. Nor Azazi bin Zakaria;  dan
  3. Dato’ Ir. Lim Chow Hock

Setelah selesai siasatan mereka, PPB telah pun membentangkan laporan akhir kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 4 Januari 2023.

Hasil laporan tersebut telah mengenal pasti punca utama berlaku krisis air pada 6-11 Julai 2022 adalah disebabkan kolam takungan di Gunung Inas, Baling yang telah pecah sehingga menyebabkan berlaku banjir lumpur di kawasan tadahan upstream Sungai Kupang dan mengalir turun ke Sungai Ketil sehingga downstream Sungai Muda.

Kejadian banjir lumpur ini telah menyebabkan kekeruhan air Sungai Muda melebihi tahap 3,000 NTU di mana Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Dua terpaksa dihentikan kerana tidak dapat menampung NTU yang tinggi melebihi tahap maksimum. Penutupan LRA yang terbesar di Pulau Pinang ini telah mengganggu sistem pembekalan air di Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, terdapat beberapa isu teknikal yang berlaku sepanjang tempoh pemulihan krisis seperti masalah air locks serta tekanan air rendah yang memberi kesan khususnya kepada perumahan bertingkat dan lokasi yang tinggi kerana mengambil masa untuk sampai ke lokasi tersebut. Selain itu, terdapat juga paip yang pecah akibat daripada tekanan yang tinggi semasa proses pemulihan.

Justeru, PPB telah mencadangkan beberapa langkah jangka masa pendek, sederhana dan panjang di samping menyokong inisiatif  Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) untuk melaksanakan pelan kontigensi Raw Water Contigency Plan 2030 bagi memastikan kejadian krisis air seperti ini tidak berulang lagi di Negeri Pulau Pinang pada masa hadapan.

Pelan Jangka Masa Pendek

  1. Pemasangan sensor di beberapa lokasi upstream muka sauk Lahar tiang untuk kawalan kualiti air;
  2. Pemasangan sensor secara automatik yang dapat mengawal sistem mekanikal perpaipan di Lahar Tiang sekiranya berlaku keadaan kecemasan;
  3. Penguatkuasaan bagi pemasangan sistem rainwater harvesting untuk kegunaan non-potable selain minuman;
  4. Kajian awal, reka bentuk dan penerokaan sumber alternatif lain dengan memulakan projek perintis seperti groundwater dan sumber permukaan air lain seperti kemudahan stormwater detention;
  5. Program kesedaran kepada stakeholders mengenai kegunaan air non-potable untuk aktiviti selain minuman;
  6. Pemasangan water saving devices oleh semua pengguna;
  7. Penubuhan Sungai Muda Catchment Committee bersama dengan Kedah untuk melindungi Kawasan tadahan Ulu Muda; dan
  8. Pemasangan smart digital water meter untuk mengenal pasti lokasi berlakunya Non-Revenue Water.

Pelan Jangka Masa Sederhana

  1. Kempen orang awam mengenai kepentingan pemuliharaan sungai;
  2. Memperkasakan komuniti sungai;
  3. Penguatkuasaan pemasangan Water Saving Device di semua bangunan perumahan dan tempat awam;
  4. Penerokaan sumber permukaan air di dalam negeri dengan melaksanakan kajian awalan, reka bentuk dan pembinaan muka sauk dan loji rawatan baru di Sungai Kerian upstream di Seberang Perai Selatan, serta Sungai Perai dan Sungai Muda di Seberang Perai Utara;
  5. Water reclamation of effluent daripada 3 loji kumbahan untuk kegunaan non-potable dan industri; dan
  6. Semakan Kadar Tarif Air perlu dilaksanakan untuk mengawal penggunaan/permintaan air yang tinggi di Pulau Pinang di samping mengurangkan pembaziran air  kerana kadar tarif air di Negeri Pulau Pinang adalah terpaling rendah di antara negeri-negeri lain di Malaysia.

Pelan Jangka Masa Panjang

  1. Memperkasakan peranan Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) sebagai pihak Berkuasa Air Negeri seperti mana yang telah dilaksanakan di negeri laini seperti LUAS untuk memastikan Pengurusan Air Negeri yang lebih efektif;
  2. Penubuhan Ulu Muda Basin Authority (UMBA) untuk melindungi kawasan tadahan Ulu Muda;
  3. Penerokaan sumber air mentah baru melibatkan kajian awalan dan reka bentuk Coastal Reservoir di Sungai Muda, Sungai Jawi dan Sungai Pinang; dan
  4. Meneruskan usaha untuk memastikan Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWTS) dapat dimulakan dengan segera untuk kepentingan Negeri Pulau Pinang dan Perak.

Atas syor-syor yang dicadangkan oleh PPB, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menyusuli perbincangan dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi meneliti dan mengkaji cadangan-cadangan di dalam laporan tersebut bagi memastikan kelestarian sumber bekalan air Negeri Pulau Pinang terjamin dan bebas daripada gangguan besar-besaran pada masa hadapan.

Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s